sempoiwebbanner
Selamat Datang

Gunakan Firefox

Tahniah. Anda Sedang Menggunakan Firefox

salam

 Info / Kata Aluan
KEMPEN MENUTUP AURAT. TUTUPLAH AURAT KAMU SEBELUM BADAN KAMU DUBUNGKUS DAN DIKAPANKAN DENGAN KAIN PUTIH IAITU MATI


vemma





Bukan Mudah untuk Menjadi Seorang Aggota Tentera yang Cekap Dan berdisiplin.



down


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pentadbiranaskarwataniah...

Pentadbiran Askar Wataniah Bermasalah


2010/05/26

MERUJUK kepada surat ‘Pejuang askar wataniah’ bertarikh 24 Mei lalu dalam akhbar ini. Saya juga seorang daripada anggota pasukan simpanan ini. Saya menyokong penuh luahan dan persoalan yang dikemukakan oleh beliau.

Selama 14 tahun saya aktif berkhidmat, namun bertahun memendam rasa, sekarang saya mengalami keadaan yang membuatkan saya hilang minat untuk terus aktif. Boleh dikatakan saya amat kecewa dengan cara pentadbiran pasukan sukarela ini.


Bermula dengan persoalan urusan penyambungan perkhidmatan, penyertaan kursus sehinggalah kepada urusan pengiraan masa latihan yang dihadiri.

Urusan penyambungan perkhidmatan tergendala dalam masa yang tidak munasabah kerana masalah dalaman pentadbiran kem. Begitu juga kenaikan pangkat, anggota berpangkat yang masih berhutang kursus pula dihantar berkursus ke tahap baru untuk menyandang pangkat lebih tinggi.

Begitu juga halnya dengan sikap pilih kasih sebahagian jurulatih dan pegawai. Anggota sukarela yang kuat membodek pastinya akan ada kelebihan dalam apa juga aktiviti, sehinggakan hanya muka sama saja kelihatan untuk melakukan tugas yang sepatutnya juga diberi kepada anggota lain.

Apabila ditanya, jawapannya mudah, anggota lain tiada masa. Apakah benar sedangkan ramai anggota di luar sana merungut kerana tidak diberikan peluang.
Saya pasti sekiranya Rejimen Askar Wataniah ini ditadbir dengan sempurna dan sewajarnya, ramai lagi anak anak muda di luar sana dengan suka dan rela menyertai.
Tetapi, jika semua yang diperkatakan ini dipandang enteng, maka akan tersebarlah berita ‘buat apa menyusahkan diri masuk wataniah’. Latihan gegak gempita namun di akhirnya dilabel sebagai askar cap ayam.

TUA DALAM WATANIAH,
Pegawai Kerajaan Malaysia.













bahulubonda

 


 Rakan Network
 Iliyas.net

    tandaRejimen 515 AW
    ( Tentera Sukarela )



GAZA

 

 

@hakcipta terpelihara 2007 - Sempoiweb.com