|
Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh
Zaharuddin
Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya
juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya
nafsu lelaki
dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak
memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat
berkaitan dengannya.
Bab
berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan
anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya,
bab ini agak
panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap
ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini
akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki
dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi
SAW bersabda :-
ثلاثة
لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة،
والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan
yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan
azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si
perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad
& An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no
278
)
Dalam
sebuah hadith lain pula :
ثلاثةٌ
قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر
، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد
والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah
Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka
kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh
ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah
banyak lagi
hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini.
Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat
athar dan hadith yang lain iaitu :-
1) Sabda
Nabi : -
وعن
عمار بن ياسر عن رسول الله
قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر
قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا
يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari
Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "
Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si
wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat
berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih
arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK
MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN
ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327
dan rawinya adalah thiqat)
Dari
hadith di atas, kita
dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa
yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri
dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja
isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan
lelaki lain.
2)
Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari
sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا
يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus
itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang
membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh
ahlinya ( isteri dan keluarganya)
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika
kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia
adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya
: "seseorang yang
tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan
anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam
Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228
)
Berkata
pula An-Nuhas :
قال
النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو
يراهن غير ذي محرم
Ertinya
: cemburu ( iaitu
lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan
kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan
mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut
dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن
الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah
takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga
apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli
keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam
Az-Zahabi pula berkata :-
فمن
كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير
فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah
sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya
melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana
CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda
tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" (
Al-Kabair, 1/62 )
Imam
Ibn Qayyim pula berkata :-
قال
ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا
غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء
والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya
: Sesungguhnya asal
dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau
kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada
perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana
perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh
dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah
juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga
menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan
menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama
Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa
besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ
اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ
فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya
: Allah telah
melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana
itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul
dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun
ia bukanlah satu
fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan
betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan
ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti
dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد
عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya
: Al-Qawwad ( salah
satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama
adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin,
8/186 )
Imam
Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث
وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده
على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya
: Dayus, iaitu lelaki
yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar
senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk
juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang
wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah
Ada
isteri yang menyalahkan
suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan,
memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya
nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan
tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil
membuat
kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku,
suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan'
kepada isteri.
Sebenarnya,
kita perlu
memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan
anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur
imannya.
Selain
itu, bergembiralah sang suami
yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar
untuk
mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana
tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang
suami, isteri sudah
pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi
SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya
: "Dari tanda kebahagian
anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" (
Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang
amat beruntung, malangnya
tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini,
sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak
banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut
tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin
mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan'
Sebelum Kahwin
Jika
seorang bapa mengetahui
'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya
tegaskan,
seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur'
sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius,
rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah
berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan
'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya
dengan tawbat nasuha dapat
menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga
mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini
kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak
kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam
hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri
mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami
juga patut sekali
sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk
memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat
menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis,
kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya,
perlu juga, cuma
topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka
perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu
seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan
kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan
bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي
لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ
رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ
غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ
مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ
مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah
bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama
isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan
kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond :
"Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai
oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan
benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku,
kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara
keji
yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat
betapa Allah dan
RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada
ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya
zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara
mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS
apabila :-
1)
Membiarkan kecantikan aurat,
bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang
waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2)
Membiarkan isterinya balik lewat
dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan
siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3)
Membiarkan aurat isterinya dan
anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa
menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat
terlihat.
4)
Membiarkan anak perempuannya
ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan
mahramnya.
5)
Membiarkan anak perempuan
berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa
'spoting' yang memahami.
6)
Menyuruh, mengarahkan dan
berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di
luar rumah.
7)
Membiarkan anak perempuannya
memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain
yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia
bukan mahram.
8)
Membiarkan isterinya atau anaknya
menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain,
kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa
berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9)
Membiarkan isteri kerja dan
keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10)
Membiarkan isteri disentuh
anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf
oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11)
Membiarkan isterinya bersalin
dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan
keperluan yang tiada pilihan.
12)
Membawa isteri dan anak perempuan
untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik
dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13)
Membiarkan isteri pergi kerja
menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang
cemburu.
14)
Membiarkan isteri kerap
berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang
pemerhatian.
Terlalu
banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan
ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan
oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun
jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab
dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin
kita akan berkata dalam hati :-
" Jika
demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih
penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah
satu yang disebut tadi.
Awas
wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa
besar ini.
Wahai
para isteri dan
anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah
anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke
syurga Allah SWT.
Sayangilah
dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya,
wahai para suami
dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa
bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من
قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa
yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia
adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib
Arnout)
Sekian
Zaharuddin
Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
17
Julai 2007
p/s
: Diizinkan pembaca
menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para
lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.
|